Tuesday, 18 October 2016

Holla!! Nama Nazatul Syafiqa bt Muhammad Zamri Kamil,dari kelas 405.Tajuk presentation saya adalah OMB(Orkestra Muda Baiun).Jadi saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang berada dalam family omb.So  OMB ditubuhkan pada September 1996 dengan 120 orang pelajar. Sehingga kini, pasukan ini telah membuat beberapa persembahan seperti persembahan kepada DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun di Istana Iskandariah, Persembahan Diraja di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan, persembahan sempena Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan dan mengambil bahagian dalam Konsert Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia.
   Pasukan Ghazal Sri Bainun yang merupakan salah satu daripada ensemble muzik di sekolah ini telah berpeluang menyertai Festival Keseniaan Murid peringkat antarabangsa di Izmir, Turki pada bulan April 2011. Di samping itu, pasukan Ghazal Sri Bainun juga kerap kali dijemput untuk membuat persembahan di majlis-majlis anjuran agensi kerajaan dan swasta.
     Antara kejayaan yang telah dikecapi oleh OMB ialah johan Pertandingan POP Orkestra Kebangsaan 3 tahun berturut-turut.Selain itu,kami sering dijemput untuk majlis-majlis Diraja,serata majlis yang melibatkan Kerajaan Negeri Perak contohnya Perak International Development Talk dan Konsert Diraja Perak yang turut disertai oleh Wind Orchesta MCKK.Selain itu,OMB merupakan satu-satunya orkestra di Perak yang mempunyai string ensemble.Oh,tidak lupa juga saya bermain alat Tenor Saxaphone :)  and more...  

No comments:

Post a Comment