Sunday, 23 October 2016


Assalamualaikum everyone. Saya Hasanah bt Mohamad dari kelas 403. Saya telah buat presentation sivik bertajuk PERMAINAN TRADISIONAL. Tajuk ini menarik bagi saya kerana masih terdapat permainan tradisional yang masih belum saya ketahui cara untuk bermain.

Antara contoh-contoh permainan tradisional ialah:
CONGKAK

GALAH PANJANG

BATU SEREMBAN
Di sini saya ingin berkongsi cara-cara bermain batu seremban kerana permainan ini sangat popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pada masa kini. Malah orang dewasa juga turut bermain batu seremban tanpa mengira jantina.

Cara-cara bermain batu seremban ialah:

Buah Satu:
*Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama lain.
*Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
*Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
*Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua:
*Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
*Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
*Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:
*Buah tiga ada sedikit perbezaan.
*Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
*Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:
*Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
*Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:
*Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
*Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
*Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:
*Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.
*Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
*Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:
*Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
*Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
*Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
*Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
*Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
*Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan:
*Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.
*Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.
*Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
*Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang:
*Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.
*Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
*Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
*Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
*Tangkap batu seremban yang ada di tangan
Batu yang dapat ditangkap = 1 mata
Batu yang dijatuhkan = 0 mata
Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Tamat Permainan:
Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.
Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.




No comments:

Post a Comment