BUDAYA HEDONISME
Kemasukan falsafah Greek telah mengakibatkan aliran pemikiran dalam Islam berkembang pesat pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Aliran tersebut merangkumi aliran al-Muta'zilah dan al-Asyairah.
Aliaran pemikiran ini kemudiannya telah menular masuk dalam pelbahgai bentuk selepas jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah. Ia bukan sahaja menjadikan akal sebagai tunjang utama malah cuba memisahkan agama daripada kehidupan manusia. Sebahgai contoh, agama Yahudi dan Nasrani yang telah rosak akibat aliran pemikiran ini.
SEKULARISME bermaksud pembebasan manusia daripada aspek agama dan metafizik.
Ajaran ini telah meletakkan lima prinsip utama sebagai neraca dalam hidupnya iaitu Prinsip Vetalisme, Prinsip Kreativiti, Prinsip Relatif, Prinsip Hedonisme, dan yang terakhir ialah prinsip yang menganggap majoriti masyarakat sebagai pemutus.
Perkara ini telah membuktikan bahawa Hedonisme merupakan salah satu cabang fahaman Sekulsrisme. Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan.
Saya, Nurin Syahirah Binti Dzul Ismie dari kelas 406, telah menceritakan kisah selanjutnya tentang budaya Hedonisme ini pada sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraam di dalam kelas.
Saya juga telah menceritakan tentang punca gejala ini berleluasa di kalangan remaja dan akibat buruk sama ada pada masyarakat mahupun remaja itu sendiri.
Semoga semua dapat mengambil iktibar daripada pembentangan yang telah dilakukan supaya remaja di Malaysia tidak akan terjebak dengan segala budaya Barat yang tidak sihat.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment