31 Ogos merupakan detik paling bersejarah buat negara kita Malaysia kerana bebas daripada belenggu penjajahan.
Pada tahun ini, sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2016 masih mengekalkan tema Sehati Sejiwa.
Sebagai sokongan kepada program ini, Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu mempersembahkan drama bagi memperingati jasa pahlawan yang berjuang mempertahankan tanah air yang tercinta.